![]() |
| Hati yang sukar difahami...hatta hati sendiri... |
![]() |
| Hati yang sukar difahami...hatta hati sendiri... |
Study oh study
Kembali bertapa di luar.
Bosan mungkin?
Alahai diri, progres tidak setara mana, dah bosan?
Hari ni (atau malam ni) saya kembali study di ruang tamu. Di situ letaknya meja study serta rak buku. Sudah lama rasanya tidak duduk di atas kerusi plastik merah sambil membaca dan menulis. Jikalau di dalam bilik akan guna meja kecil rendah dan duduk di atas lantai. Penuh bilik dengan buku-buku dan alat tulis. Bilik kecil yang dikongsi dengan dua penghuni lain bukanlah tempat yang ideal untuk menyelerakkan buku-buku yang bukan sidikit.
Kenapa tak study di luar?
Kerana ada kotak bising.
Ahli rumah gemar menonton sambil menghilangkan penat selepas balik kerja.
Kecuali saya yang kurang gemar dengan kotak bising tersebut. Boleh dibilang berapa kali saya petik suis untuk membukanya. Untuk tutup adalah, heheh.
Berita banyak yang menjengkelkan.
Drama-drama bohong hanya semakin bertambah mengarut.
Rancangan bermafaat jarang dapat ditemui.
Ada juga waktu-waktu di mana ruang tamu sunyi sepi bilamana semua ahli rumah berada di dalam bilik masing-masing. Tiada rancangan menarik barangkali malam mini. Bagus juga. Selalunya orang menonton kotak bising itu bukan sekadar dengan mata, tetapi dengan mulut juga. Saya yang tidak mengadap kotak bising dan menumpukan kepada laptop sendiri juga turut tahu perkembangan drama kerana analisis yang sedang dijalankan ahli rumah yang lain. Semacam menonton juga.
Saya menonton juga, tetapi apa yang didownload dari internet.
Itu dulu.
Sekarang hampir tiada program itu dalam aktiviti harian saya.
Hiburan yang terlampau banyak boleh membuatkan kita muak. Pengajaran yang didapati dari drama-drama dan filem-filem tidak berbaloi dengan masa yang dihabiskan menonton. Bukan setakat menonton, waktu juga habis apabila analisis dibuat apabila bertemu rakan yang menonton rancangan sama. Habis satu, diikuti yang seterusnya. Sampai bila tidak sudah.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti.
Saya berterima kasih kepada ummi dan abuya yang sedari kecil lebih menggalakkan membaca dari menonton. Apa yang kami lihat di kotak bising itu semuanya dikawal oleh abuya. Kami tidak menonton sendiri. Abuya akan pastikan rancangan itu boleh ditonton dan akan duduk bersama sambil menerangkan “Ini baik. Itu akhlak tidak baik, jangan tiru.” Ada bahagian yang tidak sesuai akan dipercepatkan (jika menonton video atau cd) atau ditukar siaran. Iklan sekalipun. Nilai sudah diterapkan dari awal lagi.
Hingga kini walaupun kami sudah besar, tidak sesuka hati juga kami memetik suis kotak bising itu. Dan memang kami semua tidak lah peduli sangat untuk menonton. Ada orang akan buka juga kotak bising itu, walau sedang buat kerja lain. Sudah menjadi kebiasaannya. Sayang sekali jika ini menjadi habit kita. Bunyi-bunyi iklan yang semakin hari semakin rosak yang bergema dalam rumah kita.
Apapun, saya tidak menafikan ada manfaat dengan kotak bising itu. Cuma mungkin kini mudarat lebih banyak dari manfaat. Terpulang.
Pada masa yang sama saya perlu fikirkan strategi bagaimana untuk mengelakkan kotak bising itu ganggu saya. Saya sudah alihkan meja membelakangi kotak bising. Seterusnya gunakan headfon yang besar mungkin?
Syaitan telah memanggil satu konvensyen sedunia.
Di dalam ucaptamanya kepada para Jin yang jahat, dia berkata, “Kita tidak boleh menghalang orang beriman untuk ke Masjid. Kita tidak boleh menghalang mereka dari membaca Quran dan mengetahui kebenaran. Kita juga tidak dapat menghalang mereka dari membentuk ikatan yang rapat dan taat hasil dari hubungan mereka dengan Allah.”
“Bila sahaja mereka ada hubungan itu dengan Allah, kuasa kita ke atas mereka putus. Jadi kita biarkan mereka ke Masjid; biarkan mereka hidup secara konservatif, tapi kita curi masa mereka, agar mereka tidak perolehi hubungan yang sepatutnya mereka ada dengan Allah.
“Ini yang aku mahu kamu lakukan, para Jin sekalian. Alihkan perhatian mereka dari berpegang kepada Tuhan mereka dan mengekalkan hubungan penting itu sepanjang hari!”
“Bagaimanakah kami dapat lakukannya?” Para Jin menjerit.
“Jadikan mereka sibuk dengan perkara yang tidak penting and ciptakan perlbagai perkara untuk penuhi fikiran mereka,” dia menjawab. “Pujuk mereka untuk belanja, belanja, belanja dan pinjam, pinjam, pinjam. Yakinkan para isteri untuk bekerja untuk jam yang panjang dan para suami untuk bekerja 6-7 hari seminggu, 10-12 jam sehari, supaya mereka mampu untuk mengekalkan gaya hidup kosong mereka. Halang mereka dari menghabiskan masa bersama-sama anak mereka. Bila mana kehidupan keluarga mereka mula berpecah, tidak lama kemudian rumah tangga mereka tidak lagi menjadi tempat untuk berehat dari kesibukan kerja!”
“ Penatkan minda mereka supaya mereka tidak lagi dapat mendengar suara kecil yang datang dari dalam diri mereka. Umpan mereka untuk sentiasa memutarkan radio atau pemain kaset setiap kali mereka memandu, sentiasa pastikan TV, VCR, CD dan PC dipasang di rumah, serta pastikan bahawa setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memasang selain dari bacaan Quran. Ini akan menyesakkan pemikiran mereka dan memutuskan hubungan mereka dengan Allah.”
Penuhkan meja kopi dengan majalah dan surat khabar. ‘Serang’ mereka dengan berita 24 jam sehari. Celahi waktu mereka memandu dengan iklan-iklan di billboard. Banjiri peti surat dengan katalog mail order, tawaran, dan segala bentuk promosi barang percuma, servis dan harapan kosong. Kekalkan model yang cantik dan kurus di muka-muka majalah agar para suami percaya bahawa kecantikan luaran itu yang penting, dan mereka akan tidak berpuas hari terhadap isteri mereka. Itu akan memecahbelahkan keluarga mereka dengan segera!”
Hatta semasa mereka bercuti, biar mereka berlebih-lebihan. Biar mereka pulang dari cuti mereka dalam keadaan penat, risau, dan tidak bersedia untuk minggu seterusnya. Jangan biarkan mereka keluar menghayati alam sekitar bagi memikirkan kehebatan ciptaan Allah. Hantar mereka ke taman rekreasi, acara sukan, konsert dan tayangan filem. Pastikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!”
“Dan bila mereka bertemu dalam persatuan rohani, libatkan mereka dalam gosip dan sembang-sembang kecil, supaya mereka pulang dalam keadaan hati nurani yang kacau dan perasaan yang tidak tenteram. Biarkan sahaja mereka terlibat dalam pembaikan jiwa, tetapi penuhkan hidup mereka dengan banyak hal-hal kebaikan sampai mereka tiada masa memohon bantuan dari Allah.”
“Tidak lama kemudian mereka akan mengerahkan seluruh kekuatan, menogbankan kesihatan dan keluarga demi hal-hal kebaikan. Ia pasti berkesan! Ia pasti berkesan!”
Begitu hebat konvensyen tersebut. Jin-jin yang jahat segera menjalankan tugasan mereka, menyebabkan orang beriman semakin sibuk dan tergesa-gesa, ke sana ke mari.
Persoalannya; adakah syaitan telah berjaya dengan perancangannya?”
Diterjemahkan dari laman web Zohra Sarwari.
Selesai seminar Productive Muslim di UIA pada minggu lepas.
Banyak yang dapat. Sekarang kena amal. Kalau boleh jangan setakat teori (ilmu) tapi tak ada perubahan (amal).
Mahu jadi produktif?
Antara cara terbaik adalah dengan merujuk kepada punca-punca keberkatan dalam hidup kita. Apa itu keberkatan?
Seorang da’I pernah berkata:
“Keberkatan itu adalah adanya kebaikan dari Tuhan pada sesuatu, jadi bila ianya ada pada sesuatu yang sedikit, ia akan membanyakkan. Dan jika ada pada sesuatu yang banyak, ia akan memberi kebaikan. Buah keberkatan yang paling hebat dalam semua perkara adalah dengan menggunakan keberkatan tersebut dalam mentaati Allah swt.”
Antara sumber-sumber keberkatan yang saya dan kamu boleh dapatkan dalam kehidupan seharian:
1) Niat yang baik
- Nak buat apa pun, mulakan dengan niat yang baik. Macam mana nak tahu niat kita baik atau tidak? Bila kita dapat hubungkan niat kita dengan redha Allah. Maknanya kita tahu apa yang kita nak buat tu bukan perkara yang Allah tak suka. Satu lagi, bukan setakat penghujungnya sahaja, tapi proses kita buat sesuatu perkara pun kena ambil kira. Contohnya, nak pergi menuntut ilmu. Niat yang baik. Tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Boleh tak? Kalau nak dapat full keberkatan, usahakan supaya dari awal hingga akhir supaya niat yang baik itu consistent baik.
2) Ketakwaan dan Kepercayaan dengan Allah
- Dalam surah Al-Talaq, Allah swt berfirman: “Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Ayat 2-3). Takwa tak dating dengan mudah. Kita mesti usaha. Rajin-rajin lah menuntut ilmu untuk untuk menambah iman dan meningkatkan ketakwaan. Saluran untuk menuntut ilmu sangat lah pelbagai. Jangan segan-segan.
3) Meletakkan Keyakinan hanya pada Allah
- Allah swt sambung lagi dalam surah yang sama, “Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, necaya akan akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ayat 3) Macam mana ya nak rasa yakin dengan Allah semata? Perasaan tu tak diberi kepada semua orang. Untuk berasa cukup hanya dengan Allah sahaja bukan mudah. Jadi kena selalu berusaha untuk buat kebaikan. Baca yang baik-baik. Tengok yang baik-baik. Berkawan dengan yang baik-baik. Insya Allah, niat dan usaha untuk jadi baik boleh menambahkan dan keyakinan pada Allah. Yakin pada Dia!
4) Membaca Al-Quran
- Productive Muslim bagi tip yang bagus untuk ni. Baca paling kurang 30minit. Selagi tak cukup jangan bergerak dari tempat duduk. Tak aci pecah-pecah bahagi ke lima waktu solat. Mesti sekali baca paling kurang 30minit. Lama sangat? Memang. Pada awal-awal tu. Lama-lama insya Allah tak rasa lama. Boleh extend lagi, jadi 45minit atau sejam. Bila nak buat? Sabaiknya lepas solat, sebab kita masih ada wudhuk dan dalam mode beribadat. Lepas Subuh paling baik, bagi yang tak rush ke mana-mana (elak tidur lepas Subuh, satu bonus). Lepas Maghrib pun okay. Udah-udah la tengok drama Melayu yang tak berjenis tu. Dah la waktu tayangan tidak menggalakkan ketakwaan pada Allah, kan?
5) Menyebut ‘Bismillah’
- Yang ni memang patut jadi habit umat Islam. Mesti la sebut Bismillah waktu nak buat benda yang baik-baik kan? Kalau buat benda yang tak berapa nak baik atau memang tak baik, rasa-rasa nak sebut Bismillah tak? Mesti rasa malu dengan Allah. Nak masuk wayang tengok the latest blockbuster from Bollywood? Musykil... Anyway, mari lah sama-sama amalkan Bismillah. Untuk ingatkan kita supaya tak lupa, tampal lah perkataan Bismillah atau dengan nama Allah di tempat-tempat yang kita pandang setiap hari. Contohnya almari, meja study, cermin, pintu rumah. Mudah-mudahan dapat jadi amalan.
6) Makan dengan orang lain
- Jangan makan sorang-sorang. Walau pun masing-masing bungkus dari cafeteria, makan la sama-sama. Tak payah la sambil mengadap laptop sambung cerita yang tengok sebelu beli makanan. Makan sama-sama. Baca doa sekali. Kalau kongsi makanan yang sama lagi baik. Macam tu ukhwah pun dapat dieratkan.
Wallahua’alam. Nanti saya sambung lagi. Kalau nak baca artikel penuh, layari laman sesawang Productive Muslim.
