Selesai seminar Productive Muslim di UIA pada minggu lepas.
Banyak yang dapat. Sekarang kena amal. Kalau boleh jangan setakat teori (ilmu) tapi tak ada perubahan (amal).
Mahu jadi produktif?
Antara cara terbaik adalah dengan merujuk kepada punca-punca keberkatan dalam hidup kita. Apa itu keberkatan?
Seorang da’I pernah berkata:
“Keberkatan itu adalah adanya kebaikan dari Tuhan pada sesuatu, jadi bila ianya ada pada sesuatu yang sedikit, ia akan membanyakkan. Dan jika ada pada sesuatu yang banyak, ia akan memberi kebaikan. Buah keberkatan yang paling hebat dalam semua perkara adalah dengan menggunakan keberkatan tersebut dalam mentaati Allah swt.”
Antara sumber-sumber keberkatan yang saya dan kamu boleh dapatkan dalam kehidupan seharian:
1) Niat yang baik
- Nak buat apa pun, mulakan dengan niat yang baik. Macam mana nak tahu niat kita baik atau tidak? Bila kita dapat hubungkan niat kita dengan redha Allah. Maknanya kita tahu apa yang kita nak buat tu bukan perkara yang Allah tak suka. Satu lagi, bukan setakat penghujungnya sahaja, tapi proses kita buat sesuatu perkara pun kena ambil kira. Contohnya, nak pergi menuntut ilmu. Niat yang baik. Tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Boleh tak? Kalau nak dapat full keberkatan, usahakan supaya dari awal hingga akhir supaya niat yang baik itu consistent baik.
2) Ketakwaan dan Kepercayaan dengan Allah
- Dalam surah Al-Talaq, Allah swt berfirman: “Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Ayat 2-3). Takwa tak dating dengan mudah. Kita mesti usaha. Rajin-rajin lah menuntut ilmu untuk untuk menambah iman dan meningkatkan ketakwaan. Saluran untuk menuntut ilmu sangat lah pelbagai. Jangan segan-segan.
3) Meletakkan Keyakinan hanya pada Allah
- Allah swt sambung lagi dalam surah yang sama, “Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, necaya akan akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ayat 3) Macam mana ya nak rasa yakin dengan Allah semata? Perasaan tu tak diberi kepada semua orang. Untuk berasa cukup hanya dengan Allah sahaja bukan mudah. Jadi kena selalu berusaha untuk buat kebaikan. Baca yang baik-baik. Tengok yang baik-baik. Berkawan dengan yang baik-baik. Insya Allah, niat dan usaha untuk jadi baik boleh menambahkan dan keyakinan pada Allah. Yakin pada Dia!
4) Membaca Al-Quran
- Productive Muslim bagi tip yang bagus untuk ni. Baca paling kurang 30minit. Selagi tak cukup jangan bergerak dari tempat duduk. Tak aci pecah-pecah bahagi ke lima waktu solat. Mesti sekali baca paling kurang 30minit. Lama sangat? Memang. Pada awal-awal tu. Lama-lama insya Allah tak rasa lama. Boleh extend lagi, jadi 45minit atau sejam. Bila nak buat? Sabaiknya lepas solat, sebab kita masih ada wudhuk dan dalam mode beribadat. Lepas Subuh paling baik, bagi yang tak rush ke mana-mana (elak tidur lepas Subuh, satu bonus). Lepas Maghrib pun okay. Udah-udah la tengok drama Melayu yang tak berjenis tu. Dah la waktu tayangan tidak menggalakkan ketakwaan pada Allah, kan?
5) Menyebut ‘Bismillah’
- Yang ni memang patut jadi habit umat Islam. Mesti la sebut Bismillah waktu nak buat benda yang baik-baik kan? Kalau buat benda yang tak berapa nak baik atau memang tak baik, rasa-rasa nak sebut Bismillah tak? Mesti rasa malu dengan Allah. Nak masuk wayang tengok the latest blockbuster from Bollywood? Musykil... Anyway, mari lah sama-sama amalkan Bismillah. Untuk ingatkan kita supaya tak lupa, tampal lah perkataan Bismillah atau dengan nama Allah di tempat-tempat yang kita pandang setiap hari. Contohnya almari, meja study, cermin, pintu rumah. Mudah-mudahan dapat jadi amalan.
6) Makan dengan orang lain
- Jangan makan sorang-sorang. Walau pun masing-masing bungkus dari cafeteria, makan la sama-sama. Tak payah la sambil mengadap laptop sambung cerita yang tengok sebelu beli makanan. Makan sama-sama. Baca doa sekali. Kalau kongsi makanan yang sama lagi baik. Macam tu ukhwah pun dapat dieratkan.
Wallahua’alam. Nanti saya sambung lagi. Kalau nak baca artikel penuh, layari laman sesawang Productive Muslim.


0 comments:
Post a Comment